Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, bersyukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan saya
yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam.Tugasan ini amat penting bagi saya memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan khusus individu.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu
saya sepanjang kami menyiapkan tugasan kami ini. Pertama sekali kepadaPuan
Hajah Malehah Binti Lauto selaku pensyarah (KID 2493) kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini.
Sekalung penghargaan untuk
para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
banyak memberikan kerjasama dengan sayaserta mereka juga berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan
masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat
saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu
kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan
dibentangkan.
No comments:
Post a Comment