PERSEDIAAN MENGAJAR BAGI SESEORANG GURU
- Perancangan
yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan
oleh guru di dalam bilik darjah.
- Terdiri
daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan
bantu mengajar.
- Pengetahuan
sedia ada pelajar perlu dipertimbangkan oleh guru dengan menerapkan ilmu
yang di ajar serta nilai-nilai murni yang berkaitan.
- Pengetahuan
sedia ada ini dapat dikembangkan serta ditingkatkan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan ilmu-ilmu yang baharu yang mana
sebagai seorang pelajar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan
seharian mereka.
KEPENTINGAN
- Membolehkan
guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran.
- Guru dapat
menentukan pendekatan,strategi,kaedah yang ingin digunakan dan teknik
pengajaran yang bersesuai dengan tahap pemikiran para pelajar.
- Dapat
membantu guru dalam memilih bahan dan sumber yang sesuai.
- Dapat
memastikan semua isi pelajaran yang telah dipilih dismapaikan kepada
pelajar.
- Membantu
guru memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan isi
penting dan susunan cara mengajar.
- Memastikan
guru tidak menyeleweng ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlaku.
- Adanya
persediaan mengajar.
PENGAJARAN MIKRO
Suatu pengajaran pendidikan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu kemahiran yang dilaksanakan oleh pelajar di dalam kelas
semasa berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS). Pengajaran ini berlangsung selama 15-30 minit yang mana
di pantau oleh pensyarah bagi subjek pendidikan yang di ambil di IPTA atau
IPTS.
TUJUAN
- Memberikan
pegalaman mengajar kepada pelajar dan latihan pengetahuan asas mengajar.
- Pelajar
dapat mengembangkan potensi mengajar sebelum mengajar di kelas yang
sebenar.
- Memberikan
persediaan kepada pelajar untuk mendapatkan pelbagai ragam anak murid yang
perlu di hadapi olehnya semasa mengajar di alam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment