Friday, July 27, 2018

RPT, RPM, & RPH


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)
  • Rancangan yang harus dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun yang ianya mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid yang telah disusun mengikut takwim sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Elemen yang perlu ada di dalam jadual rancangan pengajaran tahunan adalah :
1.      Tajuk Pembelajaran & Pengajaran
2.      Kemahiran Pembelajaran & Pengajaran
3.      Nilai-nilai Pembelajaran & pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN (RPM)
  • Rancangan yang dibentuk daripada perancangan tahunan iaitu sukatan pelajar bagi tahun tersebut.
  • Elemen yang perlu ada di dalam jadual rancangan pengajaran mingguan adalah :
1.      Minggu
2.      Isi pembelajaran
3.      Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4.      Bahan bantu mengajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
  • Satu dokumen rasmi penting kepada seseorang guru profesionalisme yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
  • Didefinisikan juga sebagai penulisan tentang pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan.

KEPENTINGAN
  1. Menepati sukatan pengajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri.
  2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum yang telah dirancang iaitu seseorang guru itu mengetahui berapa lama waku atau masa yang perlu digunakan semasa mengajar di dalam kelas.
  3. Menyediakan satu siri aktiviti supaya dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran, meningkatkan kemahiran pelajar dan menetapkan nilai-nilai murni.
  4. Dapat membantu seseorang guru itu mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan yang telah direncanakan.
  5. Dapat menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang terbaik sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
  6. Dapat mengembangkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dengan lancar dan tersusun serta sistematik.
  7. Memberi peluang kepada guru pembimbing mengambil alih tugas dengan mudah dan berkesan.
  8. Memudahkan kerja pemantauan atau penyeliaan oleh pihak pengurusan keatas seseorang guru itu.

FORMAT YANG PERLU ADA DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

  1. Nama guru
  2. Tarikh
  3. Masa
  4. Bilangan murid
  5. Matapelajaran
  6. Tajuk
  7. Objektif pelajaran
  8. Hasil pembelajaran
  9. Pengetahuan sedia ada
  10. Kemahiran berfikir
  11. Penerapan nilai
  12. Sumber

KAEDAH PEMBELAJARAN


PERSEDIAAN MENGAJAR BAGI SESEORANG GURU
  1. Perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.
  2. Terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar.
  3. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu dipertimbangkan oleh guru dengan menerapkan ilmu yang di ajar serta nilai-nilai murni yang berkaitan.
  4. Pengetahuan sedia ada ini dapat dikembangkan serta ditingkatkan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan ilmu-ilmu yang baharu yang mana sebagai seorang pelajar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

KEPENTINGAN
  1. Membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran.
  2. Guru dapat menentukan pendekatan,strategi,kaedah yang ingin digunakan dan teknik pengajaran yang bersesuai dengan tahap pemikiran para pelajar.
  3. Dapat membantu guru dalam memilih bahan dan sumber yang sesuai.
  4. Dapat memastikan semua isi pelajaran yang telah dipilih dismapaikan kepada pelajar.
  5. Membantu guru memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan isi penting dan susunan cara mengajar.
  6. Memastikan guru tidak menyeleweng ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.
  7. Adanya persediaan mengajar.

PENGAJARAN MIKRO
   Suatu pengajaran pendidikan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu kemahiran yang dilaksanakan oleh pelajar di dalam kelas semasa berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pengajaran ini berlangsung selama 15-30 minit yang mana di pantau oleh pensyarah bagi subjek pendidikan yang di ambil di IPTA atau IPTS.

TUJUAN 
  1. Memberikan pegalaman mengajar kepada pelajar dan latihan pengetahuan asas mengajar.
  2. Pelajar dapat mengembangkan potensi mengajar sebelum mengajar di kelas yang sebenar.
  3. Memberikan persediaan kepada pelajar untuk mendapatkan pelbagai ragam anak murid yang perlu di hadapi olehnya semasa mengajar di alam yang sebenar.

PENGHARGAAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.Tugasan ini amat penting bagi saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan khusus individu.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu saya sepanjang kami menyiapkan tugasan kami ini. Pertama sekali kepadaPuan Hajah Malehah Binti Lauto selaku pensyarah (KID 2493) kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
 Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberikan kerjasama dengan sayaserta mereka juga  berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan dibentangkan.